Saturday, January 26, 2008

Selamat Datang Ke Blog KidZ

Ahli Kidz sehingga kini...2008

Salam Pertemuan dan perkenalan kepada semua pengunjung. Samada anda adalah peminat KidZ, rakan-rakan KidZ mahupun mereka yang baru mengenali KidZ, lawatan anda ini rahmat dan sesuatu yang amat kami hargai. Terima kasih tidak terhingga kepada Allah (S.W) yang menunjukkan jalan ini semoga ruangan dan sedikit info kami disini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Perjalanan KidZ tidaklah semudah yang anda mungkin sangkakan. Banyak perkara yang menguji kesabaran dan jati diri setiap anggota kumpulan. Daripada awal kumpulan ini dibentuk dan ditubuhkan, hanya antara kami yang tahu kesukaran dan kesulitan dihadapi.Dan orang yang patut dan layak di beri pujian dan sanjungan ialah Mahaguru kami Enc.Sharif Kasim(merangkap ayah kami).Kerana dialah yang mengasuh kami dari kecil dan menurunkan ilmu muzik ini menjadi suatu realiti dan akhirnya dapat dikongsi bersama oleh semua. Terima kasih Ayah!!!! We Love You!!!

Sejak mula KidZ ditubuhkan, berlaku sedikit tranformasi dalam kumpulan ini. Ketika syarikat rakaman di Kuala Lumpur iaitu Warner Music melamar kami anggota asal ialah Black(Vokal), Matlan(Lead Guitar), Mogs(Keayboard), Lee(Drummer), Faridz(2nd Vocal) dan Awin(Basis). Namun selepas kami menamatkan kantrak dengan Warner Music, 2 orang ahli kumpulan ini iaitu Faridz dan Awin mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Kekosongan ini telah diisi oleh dua orang ahli baru yang masih sehingga kini iaitu AteQ(2nd Vocal) dan Ameng(Basis).
Kenangan ketika menjadi artis rakama di bawah Warner Music(M)

No comments: